Sunday, 13 April 2014

Al-Fatihah...Surah Terulung...

Assalamualaikum w.b.t.

 
 
Kenali Al-Fatihah
 
- mengandungi 25 perkataan dan 113 huruf (Ibnu Kathir).
 
- surah Makkiyah ~ diturunkan di Mekah, sebelum Nabi berhjrah ke Madinah.
 
- mempunyai 7 ayat dengan mengambil kira Bismillahir rahmanir rahim sebagai ayat pertama.
 

 
 
~~~~~~ Fahami Al-Fatihah ~~~~~~
 
Bismillahir rahmanir Rahim
Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Alhamdu lillahi Rabbil'alamin
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
 
 
Arrahmaa nirrahim
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
 
 
Maaliki yaumiddin
Yang menguasai hari pembalasan (Hari Kiamat)
 
 
Iyyaka na'budu waiyyaka nasta'iin
Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami beribadat dan hanya pada Engkau kami memohon pertolongan
 
 
Ihdinas siratalmustaqim
Bimbing (Tunjukkan) lah kami ke jalan yang lurus
 
 
Siratallazi naan'amta 'alaihim ghairilmaghdhubi 'alaihim waladhaalin
Iaitu jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan (mereka) yang dimurkai, dan bukan jalan orang yang sesat.
 
 
****************************************************************************
 


Setiap hari kita membaca surah Al-Fatihah sekurang-kurangnya 17 kali sehari..

Namun, adakah ia hanya sekadar bacaan wajib dalam solat kita tanpa memahami maksudnya???

Sedarilah bahawa ketika membaca surah agung ini, kita sebenarnya sedang berbicara dengan Allah,

di mana apabila kita membacanya, Allah akan menjawab setiap ayat yang dibacakan.



Sharing is caring....love...umi aqeela...
 

No comments:

Post a Comment