Monday, 10 February 2014

Demam Cucuk 1 Tahun

Assalamualaikum..

Aqeela dh kena cucuk..vaksin 1 tahun..MMR..

Apakah penyakit-penyakit yang dilindungi oleh vaksin MMR ?

Measles (Demam campak), Mumps (beguk) dan Rubella ( rubela) adalah 3 penyakit yang mudah berjangkit. Campak biasanya bermula dengan demam dan bintik-bintik merah di muka dan badan. Namun, masalahnya tidak berhenti di situ. Campak boleh menjangkiti organ-organ lain seperti paru dan otak yang seterusnya boleh menyebabkan kecacatan serius dan kematian. Beguk atau jangkitan pada kelenjar air liur pula dimanifestasi sebagai bengkak kelenjar dan demam , turut berisiko menjangkiti testes pada kanak-kanak lelaki dan organ pankreas. Rubela pula biasanya mengakibatkan masalah tompok tompok kecil pada badan yang biasanya sembuh dalam 1-2 minggu namun kesannya pada bayi yang dikandung oleh wanita yang tidak mendapatkan vaksin sangat merbahaya. Kongenital Rubela menyebabkan masalah otak, jantung, hilang pendengaran dan penglihatan , masalah darah dan radang hati.

(Credit info to DoktorBudak.com)

No comments:

Post a Comment