Thursday, 19 September 2013

Why GREEN is my choice??

GREEN...HIJAU...



Sekeliling kita mesti ada warna hijau..pokok, bukit, traffic light..di mana-mana mesti ada warna hijau..kalau xda, macam mana kita nk dapat oksigen kan..kan..kan..kalo kita lihat warna hijau, akan rasa nyaman, selesa..sebenarnya banyak kebaikan warna hijau ni..Dinding rumah pun warna hijau..Aman je..

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah ﷺ adalah hijau."

Ibnu Hajjar dlm Tanbih Al Akhbar memetik kenyataan salah seorang sahabat Baginda berkata :

"Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau krn ia lebih utama dan dihukumkan sunat. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada lain2 sesudah putih."


Rasullullah pun menyukai warna hijau. Baginda akan memakai pakaian berwarna hijau selain daripada putih. Dunia keislaman juga menggunakan warna hijau sebagai lambang keislaman. Kubah Masjid Nabawi juga berwarna hijau.

Jom kita lihat ayat-ayat Al-Quran tentang warna hijau..

1. Maksud ayat :  “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

2. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian  HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21


3. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.

Surah Al-Kahf : Ayat  31

Jom kita ikuti Sunnah Rasulullah, pahala adalah ganjarannya..


**Sumber: Kitab: Ma’a Al-Thib fii Al-Qur’an Al-Karim, Dr. Abdul Hamid Diyab, Dr. Ahmad Qarquz,    Mu’assasah Ulum Al-Qur’an, Dimasyq






1 comment: