Friday, 6 September 2013

Garam oh Garam...

HADIS TENTANG GARAM

Dari Abdullah Bin Umar " Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam"

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. "Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam." Hadis riwayat Al – Bazzar

Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata "Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja.




KELEBIHAN GARAM

Dengan mengambil secubit garam dan segelas air:

  1. tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan
  2. sel-sel badan akan dikembalikan
  3. semua proses kehidupan akan diharmonikan, disusun dan dikuatkan semula 
  4. banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu


Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Wallahualam..

1 comment: